TERATAK Q HOMESTAY, FELDAJAYA UTARA, SUNGKAI.


KINI ANDA BOLEH MENGINAP DI HOMESTAY YANG INSYAALLAH SELESA DENGAN HANYA RM350 UNTUK DUA HARI SATU MALAM. RUMAH BANGLO LOT TEPI YANG PRIVACY.

Sebuah rumah banglo lot tepi gabungan moden dan tradisional yang berkonsepkan "TAMAN". Mempunyai 4 buah bilik, 2 bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapur yang dilengkapi dengan keperluan asas. Sekeliling rumah  dihiasi dengan lampu 'outdoor' bagi mereka yang suka menikmati keindahan malam serta membolehkan aktiviti "BBQ" bersama rakan-rakan dan keluarga.

Berada jauh dari hiruk-pikuk kesibukan kotaraya, SUASANA DESA ciptaan ALLAH yang begitu tenang lagi mendamaikan. Pepohon menghijau, gunung ganang yang menyejukkan mata memandang, kicauan burung  dan unggas serta cuaca yang berkabus dipagi hari serta suasana dingin malam yang natural. INSYAALLAH anda akan berasa selesa seolah-olah seperti pulang kekampung halaman....




DIBAWAH ADALAH GAMBAR-GAMBAR PEMANDANGAN LUARAN TERATAK Q


PANDANGAN SISI KIRI

PANDANGAN SISI KANAN

PANDANGAN HADAPAN

 KEHADIRAN TETAMU DINANTIKAN

PERMANDANGAN DI VARANDAH RUMAH 
  

DIBAWAH ADALAH GAMBAR PEMANDANGAN DALAM TERATAK Q

1) Ruang Tamu. 





2) Ruang makan





*Suasana pagi yang berkabus dan udara yang bersih.

3) Laluan menuju kebilik 1,2,3 & 4






4) Bilik utama (1) + Penghawa dingin  + bilik air











5) Bilik 2



6) Bilik 3



7) Bilik 4
 

 8) Sebahagian permandangan yang ada di sekitar TERATAK "Q" 














 GAMBAR TAMBAHAN (MAJLIS PERKAHWINAN DAN PERSEPSI)



*MENAIK TARAF PADA 18/05/2012 : PEMASANGAN AIRCOND DALAM BILIK 1 (MASTER BED ROOM) DAN MENUKAR BARU TV LCD 32".



KADAR BAYARAN PENGINAPAN..

RM 350 / satu rumah (daftar masuk jam 2.00 petang dan daftar keluar 12.00 tengahari)
Masa lanjutan daftar keluar bergantung kepada keadaan. Diminta hubungi/beritahu pemilik.
- Max 27 orang termasuk kanak-kanak.
Deposit RM50 sejurus tempahan dibuat..Pembatalan sebelum 7 hari akan dipulangkan 50 peratus.
Duit deposit dikembalikan jika tiada sebarang masalah setelah daftar keluar. 


ALAMAT TERATAK "Q"

Lot 68, Jalan Persiaran Meranti 1,
Feldajaya Utara Trolak,
35600 Sungkai,
Perak Darul Ridzuan.

Petunjuk Arah dari Lebuhraya Utara Selatan,
1) Keluar exit Slim River, jarak ke Teratak "Q" 11KM (perjalanan dari Selatan)
2) Keluar exit Sungkai, jarak ke Teratak "Q" 14KM (perjalanan dari Utara)


Jangan segan -segan, sila hubungi kami,

1) AZALI ABD AZIZ / ABG ZALI (013-4209789)
2) MAISARAH BINTI MOHD SIRAT / KAK IN (019-5158677)


SELAMAT BERCUTI DAN BERGEMBIRA..
RIBUAN TERIMA KASIH KERANA MENGHARGAI DAN MENJAGA KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN SERTA MENGAWASI ANAK-ANAK KECIL SEPANJANG PENGINAPAN. KEPADA YANG MEMPUNYAI ANAK-ANAK KECIL PASTIKAN MEREKA TIDAK MEMBUANG AIR DI TILAM / TOTO/ MERATA-RATA. DIHARAP PERCUTIAN DI TERATAK Q MENJADI KENANGAN YANG TERINDAH.
SEMOGA BERJUMPA LAGI......

Comments

AZALI ABD AZIZ said…
Salam.
tercari2 tempat utk bermalam jika berurusan disekitar felda trolak utara, selatan, timur,mrsm,gunung besout, kenduri kawin, beriadah di hotspring dan lain2 aktiviti...
bole la hubungi Abg Zali 013-4209789.
TERATAK Q menanti kehadiran semua.
tq.

Popular posts from this blog

PENGENALAN TERATAK Q HOMESTAY & TRADISIONAL HOMESTAY

TRADISIONAL HOMESTAY, FELDA TROLAK UTARA, SUNGKAI.