PENGENALAN TERATAK Q HOMESTAY & TRADISIONAL HOMESTAY
Apa sebenarnya definisi homestay? haaa ramai yang keliru apa makna sebenar homestay! Jika menurut Wikipedia homestay atau juga dipanggil inap desa adalah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini adalah untuk menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya. Konsep inap desa dapat menambah pendapatan penduduk tempatan seperti orang kampung tradisional.
Apa yang dikatakan dengan kekeliruan adalah ramai yang menggunakan rumah-rumah di bandar besar atau kecil dan memanggilnya homestay juga. Ia tidaklah salah, tetapi ia tidak unik jika dibandingkan dengan rumah-rumah kampung dan di kawasan perkampungan yang indah lagi mendamaikan.
Program homestay adalah salah satu strategi pelancongan di luar bandar dimana ia melibatkan pelancong datang untuk menginap, menjamu selera, berhibur dan sebagainya. Pengunjung juga boleh merasai suasana kampung yang sebenar-benarnya. Bukan sekadar tidur dan melepaskan lelah semata-mata.
Jadi, disini kami ada menyediakan dua buah homestay yang terletak di Sungkai, Perak. Tekan link di bawah gambar untuk maklumat lanjut tentang homestay.
Jika anda mahukan suasana yang mendamaikan dan keunikan kampung, boleh pandu kereta hanya 120 km sahaja atau lebih kurang 1jam 30minit sahaja dari Kuala Lumpur.
Orang bandar mesti dah bosan dengan bunyi enjin kereta setiap hari kan? tidak kira lagi dengan kesesakan jalan raya. Cuba bayangkan, bila anda berehat disini anda akan ditemani bunyi-bunyi yang indah seperti bangun pagi terdengar burung-burung berkicau. Buka tingkap hanya dapat melihat kehijauan di sekeliling rumah yang sangat mendamaikan!
Asyik kerja, kerja, kerja sahaja tak habis juga kan? Apa kata pergi jauh sikit dari hiruk-pikuk kotaraya dan singgah disini. Jika anda dalam perjalanan KL-Ipoh atau Ipoh-KL bolehlah singgah di homestay kami untuk mencari ketengan. Ramai orang yang memilih homestay kami untuk family day, resepsi majlis perkahwinan dan jangan tidak percaya, ada yang menyambut Hari Raya Aildilfitri di sini juga.
Antara tempat menarik yang sering menjadi tumpuan pelancong.
Sila tekan link di bawah untuk maklumat lanjut:-
Nasi Bamboo Sungai Klah
Taman Rekreasi Air Panas Felda Sungai Klah
Cameron Highlands
Lata Kinjang
Kuala Woh
Sungai Bil
Lata Pongsu
Terdapat juga pusat pengajian yang berdekatan seperti;
SMKA Slim River
Kolej Taj
- BBQ set
- Mesin basuh
- Dapur masak (indoor dan outdor)
- Seterika
- Peti sejuk
- Mini kanopi
- Car porch berbumbung
- Toto dan bantal tambahan disetiap bilik
- Tuala mandi (setiap bilik)
- Sejadah dan telekung
- TV (ASTRO)
- Buaian bayi (kain buai bawa sendiri)
GAMBAR-GAMBAR DISEKITAR TAMAN REKREASI AIR PANAS FELDA SUNGAI KLAH.
PEMILIK HOMESTAY
Jangan segan -segan, sila hubungi kami,
1) AZALI ABD AZIZ / ABG ZALI (013-4209789)
2) MAISARAH BINTI MOHD SIRAT / KAK IN (019-5158677)
Comments